Ada penjawat awam jadi mangsa bila buat aduan salah laku - Cuepacs

Iklan
Abdul Rahman Mohd Nordin

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengakui kes penjawat awam yang dihukum jika membuat aduan apabila terdapat sebarang kes salah saku dan rasuah dalam perkhidmatan bukanlah sesuatu yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, biarpun ia kes terpencil dan tidak banyak berlaku, kesatuan memandang serius perkara tersebut.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau menyambut baik keterbukaan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar untuk membela mangsa, sekali gus memastikan perkhidmatan awam dapat berfungsi dengan lebih cekap dan berintegriti.

"Berdasarkan maklum balas yang pihak kami terima, ada antara mereka yang mendakwa dianiayai sebagai hukuman.

Iklan

"Bila bos dah tak suka, pelbagai kerja diberikan sehingga menyebabkan mereka stres.

"Ada juga yang diminta buat kerja yang bukan tugas mereka. Bila tak buat, dikenakan tindakan tatatertib atau dipindahkan jauh ke tempat terpencil. Markah prestasi pula, diberikan rendah dan diugut.

Iklan

"Bagaimanapun, saya melihat situasi sebegitu sudah berkurangan kerana dasar dan pendekatan kerajaan kini berubah. Pegawai juga lebih mesra berbanding dengan dahulu semacam ada ‘kasta’,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bahawa penjawat awam yang dihukum hanya kerana membuat aduan atau menjadi pemberi maklumat kes salah laku dan rasuah dalam perkhidmatan, boleh berjumpa terus dengannya.

Tambah Abdul Rahman, langkah KSN itu adalah tepat, sekali gus memastikan integriti perkhidmatan awam dapat ditingkatkan.

"Kalau beliau sanggup, itu adalah permulaan yang baik. Sebelum ini pun, Cuepacs akan membuat aduan terus kepada KSN jika ada melibatkan isu-isu serius penjawat awam.

"Memang ada penjawat awam yang mengalami situasi itu dan mengadu kepada Cuepacs. Jadi, kita cuba bantu sedaya mungkin. Apabila KSN beri laluan untuk salurkan maklumat, ini menunjukkan keterbukaan beliau.

"Kita harap selepas ini, kes-kes salah laku dan rasuah akan berkurangan. Peranan Cuepacs sendiri, kita akan terus menjaga kebajikan pekerja yang teraniaya,” katanya.