Kenakan penjara mandatori 15 tahun kepada pemandu mabuk

Iklan
Gambar hiasan 123RF. Gambar kecil: Lee Lam Thye

SHAH ALAM – Kerajaan didesak meminda Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 atau Akta 333 dengan memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun mandatori kepada pemandu mabuk yang menyebabkan berlaku kemalangan maut.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan), Tan Sri Dr Lee Lam Thye berkata, cadangan pindaan itu untuk memberikan pengajaran kepada pemandu dan orang ramai untuk tidak terus melakukan kesalahan berkenaan.

Iklan
Iklan

Katanya, ini kerana pindaan hukuman yang dibuat menerusi akta itu pada Oktober 2020 dilihat tidak banyak memberi kegerunan hingga kejadian sama masih berulang.

"Kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan kematian mengikut Seksyen 44 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 15 tahun serta denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM100,000 jika sabit kesalahan.

Iklan

"Jadi saya cadangkan supaya hukuman itu diganti dengaan penjara mandatori selama 15 tahun menerusi pindaan akta ini. Ia perlu dikaji dan dikuatkuasakan segera,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, Lam Thye menegaskan, hukuman penjara 15 tahun mandatori akan menjadikan hukuman tersebut lebih berat kerana ia tiada pilihan hukuman lain.

Iklan

"Undang-undang yang diperketatkan akan dapat memastikan pelaku mendapat pembalasan setimpal dengan kesalahan mereka,” katanya lagi.