PM mohon rakyat Malaysia sokong segala usaha baik kerajaan

Iklan
Anwar Foto Bernama

RIO DE JANEIRO (Brazil) - Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim memohon semua rakyat Malaysia termasuk yang berada di luar negara untuk terus mendukung segala usaha baik dilaksanakan kerajaan.

"Saya maklumkan kerajaan kini punyai pasukan mantap dan akan bekerja keras melaksanakan dasar serta polisi yang menguntungkan rakyat keseluruhannya.

Iklan
Iklan

"Kerajaan Madani juga tidak akan berkompromi dengan isu rasuah dan mana-mana pihak yang merobek kekayaan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam yang disertai kira-kira 200 diaspora Malaysia dan rakan-rakan Malaysia di Rio de Janeiro, Brazil berlangsung pada Ahad.

Iklan

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menjelaskan kesungguhan kerajaan MADANI untuk membawa perubahan yang besar kepada negara.

"Saya turut singgung siri lawatan ke beberapa negara memberi impak positif, bukan hanya mengukuhkan hubungan dua hala tetapi juga limpahan positif kepada ekonomi negara dan rakyat Malaysia,” kata Anwar yang berada di sini sempena lawatan rasmi dan menghadiri Sidang Kemuncak G20. - Bernama

Iklan