TEHRAN - Enam puluh individu di wilayah Isfahan, tengah Iran dikejarkan ke pusat perubatan selepas disyaki terhidu gas klorin pada Ahad, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).
Kejadian kira-kira 1.40 tengah hari waktu tempatan (1010 GMT) berlaku apabila trak membawa membawa silinder gas klorin terbalik di jalan antara bandar di daerah Shahreza, 80 kilometer ke selatan ibu kota wilayah, Isfahan.