Exco kesal dakwa tidak dibenarkan masuk ke UniSZA
Iklan
Muhammad Khalil
KUALA TERENGGANU - Exco Terengganu meluahkan rasa kesal setelah program yang dijadualkan untuk dirasmikan beliau baru-baru ini di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus didakwa dibatalkan kurang dari 24 jam sebelum ia diadakan.
Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi bagaimanapun turut mempersoalkan majlis pertemuan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa UniSZA diadakan tanpa sebarang halangan dan gangguan beberapa hari lalu.
Iklan
Iklan
"Kehadiran saya ke UniSZA bukan atas nama jawatan parti sebagainya Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu bertemu dengan majlis perwakilan pelajar (MPP) UniSZA.
"Kehadiran saya atas jawatan Exco Kerajaan Negeri dan saya mewakili Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Iklan
"Namun malangnya, saya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang sepatutnya mewakili Menteri Besar dalam slot perasmian program mahasiswa UniSZA telah dibatalkan kehadiran kurang dari 24 jam sebelum program," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, Muhammad Khalil mendakwa pemimpin UMNO Terengganu begitu aktif memasuki institusi pendidikan di Terengganu menggunakan jentera kerajaan sejak kebelakangan ini.
Iklan
"Tanpa segan silu, 'cybertroper' parti dijadikan panel untuk memberikan motivasi dan kuliah kepada para pelajar. Setahu saya, masih ramai tokoh-tokoh yang lebih layak untuk dijemput memberi ceramah kepada pelajar-pelajar, tetapi mengapa tidak dijemput?
"Budaya politik apa yang kepimpinan Kerajaan Perpaduan mahu tonjolkan dan tunjuk kepada anak-anak pelajar dan mahasiswa.
"Belum insaf diajar 40-0 kerana menggunakan politik kuno? Kini, masih berterusan mempergunakan jentera dan institusi kerajaan untuk politik sempit kepartian," dakwanya.
Justeru, Muhammad Khalil berkata, kerajaan negeri berharap agar pihak tertentu tidak menggunakan pelajar dengan menangguk di air yang keruh demi kepentingan peribadi.
Seorang remaja lelaki berumur 13 tahun yang videonya tular ketika menjaga ibu di hospital memaklumkan, dia hanya mahu menjaga ibunya dan tak sanggup meninggalkannya berseorangan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Fiqball Iman Firdaus atau lebih mesra digelar Iman berkata, ibunya, Ramlah Andot, 51, dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu selepas mengalami serangan angin ahmar pada 20 Oktober lalu.
Menurutnya, kejadian itu menimpa ibunya yang bekerja sebagai pembantu tukang masak ketika berada di dewan makan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ajil di Hulu Terengganu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/697010/edisi/terengganu/saya-tak-sanggup-tinggalkan-ibu
Muzik: Elevate dari www.bensound.com