DSAT Group bakal saman Sanusi RM1 bilion

Iklan
Hantaran yang di muat naik di Facebook milik Azizul yang memutuskan akan menyaman Sanusi RM1billion.

ALOR SETAR - Kumpulan DSAT memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor sebanyak RM1 bilion.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Azizul Tandek melalui hantaran di Facebook miliknya pada Isnin menjelaskan tindakan itu diambil susulan kenyataan Sanusi pada 7 November lalu ketika sidang media di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Iklan
Iklan

Dalam sidang media pada 7 November lalu, Sanusi mengharapkan syarikat yang berminat untuk mengambil alih pasukan bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC agar benar-benar mempunyai kemampuan untuk menguruskannya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) itu berkata, walaupun urusan pemilikan kelab itu tidak bersangkutan dengan kerajaan negeri, namun beliau tetap memberi pesanan agar tidak berlaku sebarang penipuan dalam perkara itu.

Iklan

"Kalau ada kemampuan, silakan. Kita harap dan berdoa dia adalah kemampuan, jangan 'scam' lah, belum apa-apa lagi dah buat kenyataan macam-macam dah.

"Macam scammer tak bagus lah. Dia tak ada sangkut paut dengan kita (kerajaan negeri) dia tak berurusan dengan kita dan dia tak perlu kebenaran saya atau Exco Sukan... perlu jumpa pihak peguam KDA,” katanya.

Iklan

Sebelum ini, Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mempelawa mana-mana pihak yang berminat memiliki pasukan itu untuk menghantar surat tunjuk minat atau surat tawaran secara rasmi kepada mereka.

Menurutnya, tiada halangan untuk mempertimbangkan mana-mana tawaran yang munasabah serta tulen demi kepentingan dan kelangsungan KDA FC

Pelawaan itu kemudian disambut Azizul yang mengutuskan surat rasmi melalui anak syarikatnya, Mahsuri Medical Centre (MMC) pada Ahad lalu mengenai minat mendapatkan pasukan bola sepak tersebut.