Bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk: Polis rakam keterangan 5 individu

Iklan
Polis telah merakam keterangan lima individu bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang lelaki membunuh ibu dan menyimpan mayat wanita itu di dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu. Gambar kecil: Ku Mashariman

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan lima individu bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang lelaki membunuh ibu dan menyimpan mayat wanita itu di dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, setakat ini, pihaknya telah merakam keterangan saksi, jiran dan anggota polis yang menerima maklumat awal kes itu.

Iklan
Iklan

"Kita akan memohon lanjutan reman terhadap suspek setelah tempoh reman tamat esok (Selasa)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini, pada Isnin.

Ku Mashariman berkata, keadaan kesihatan suspek belum pulih sepenuhnya.

Iklan

"Pihak doktor perlu mengambil masa untuk membuat penilaian kesihatan termasuk kesihatan mental lelaki itu," katanya.

Beliau berkata, proses bedah siasat masih belum selesai kerana keadaan mayat wanita itu telah membeku.

Iklan

"Pakar patologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) perlu menunggu organ dalaman mangsa dinyahbeku sebelum meneruskan bedah siasat," katanya.

Pada Selasa media melaporkan perbuatan lelaki berusia 50-an itu terbongkar selepas kediamannya di Taman OUG di sini, diperiksa pasukan polis yang menerima panggilan daripada suspek kira-kira 9 pagi.

Difahamkan, suspek menghubungi talian kecemasan kerana tidak sihat dan pasukan yang tiba dimaklumkan mengenai mayat ibunya disimpan dalam peti sejuk beku.

Menurut sumber, suspek mendakwa membunuh wanita berusia 80-an itu di kediamannya pada 2021.

Suspek mendakwa menghadapi masalah kewangan apabila kehabisan wang simpanan selain mempunyai masalah kesihatan kronik.

Sepasukan polis telah menahan suspek di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk bedah siasat.