Kawasan pencarian wanita dikhuatiri lemas diperluas

Iklan
Laporan Sinar Harian.

IPOH - Kawasan pencarian seorang wanita yang hilang dibawa arus deras semasa mandi-manda bersama ahli keluarganya di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai di Gerik petang semalam, diperluas sehingga 16 kilometer (km) dari tempat kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang dianggotai lima anggota dari balai bomba Kuala Kangsar mengetuai operasi, yang turut dibantu polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk setempat.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, operasi disambung pada pukul 8 pagi ini dengan pencarian melibatkan jarak 2km dari tempat kejadian ke sepanjang jajaran Sungai Beruk, dan kawasan berjarak 14km bermula dari Dataran Loma, Sungai Rui sehingga ke persimpangan Sungai Beruk.

"Kita tak boleh beri jaminan untuk menemui mangsa secepat mungkin, cuma apa yang boleh dijelaskan ialah jika cuaca baik, kebarangkalian untuk jumpa adalah tinggi, dan kita harapkan semua pihak beri dapat kerjasama,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Iklan

Dalam kejadian semalam Nur Arina Azizan, 20, dipercayai hanyut dibawa arus deras, manakala ibunya yang berusia 48 tahun diselamatkan orang awam. - Bernama

Iklan