DUN Sabah: Operator pelancongan menggaji pelancong China diberi amaran

Iklan
Christina (kiri) ketika hadir pada sidang DUN Sabah, di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Pengusaha dan pemandu pelancongan di Semporna sudah diberi amaran supaya tidak mengambil pelancong warga China secara tidak sah bekerja di syarikat pelancongan masing-masing.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata, pihaknya menyedari bahawa wujud isu dalam operator pelancongan kerana insiden tersebut telah berlaku beberapa kali.

Iklan
Iklan

"Yang mana pemandu pelancong yang menjadi pemandu pelancong tidak mempunyai lesen yang sah. Isu lesen ini masih menjadi masalah yang perlu dibincangkan dengan lebih lanjut bersama kementerian Persekutuan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) yang membangkitkan isu pemandu pelancong tidak sah yang dilakukan oleh warga China bekerja di daerah itu.

Iklan

Bagaimanapun, Christina berkata, banyak usaha telah dilakukan untuk membanteras kegiatan tersebut tetapi masih ada pihak yang melakukannya secara tidak sah.

"Namun pihak berkuasa termasuk polis sedang memantau dengan teliti serta bekerjasama rapat dengan bahagian keselamatan di kementerian kami.

Iklan

"Kementerian saya sudah tubuhkan dua unit yang mana dipanggil 'SOS Emergency' jika ada kemalangan berlaku boleh hubungi nombor itu segera untuk mendapatkan bantuan.

"Ini adalah cara yang kita boleh buat untuk sementara sekarang, kita juga berkerja rapat dengan Taman-Taman Sabah (TTS) Bahagian pelancongan di Semporna," katanya.