Amaran hujan tahap buruk di Johor, Pahang hingga 23 November

Iklan
Hujan berterusan tahap buruk dijangka melanda Pahang dan Johor hingga 23 November ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Pahang dan Johor hingga 23 November ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang manakala di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Iklan
Iklan

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada pada tempoh sama di seluruh Terengganu dan Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh serta Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera).

Jabatan itu turut memaklumkan, amaran hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku di Melaka manakala Negeri Sembilan melibatkan kawasan seperti Kuala Pilah, Jempol dan Tampin serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) hingga Rabu ini. - Bernama

Iklan
Iklan