Jangan viralkan di media sosial, ikut saluran SPRM - ABIM

Iklan
Penjawat awam yang ingin membuat aduan mengenai kes salah laku atau rasuah perlu memilih platform rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SHAH ALAM - Penjawat awam yang ingin membuat aduan mengenai kes salah laku atau rasuah perlu memilih platform rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah, Abdul Rahman Solehuddin Mohd Zain berkata, ia bagi mengelak berlakunya pendedahan identiti pengadu dan juga penganiayaan terhadap pihak yang dituduh.

Iklan
Iklan

"Kita semua sedia maklum SPRM memang ada peruntukan untuk melindungi pemberi maklumat dengan syarat mereka juga tidak terlibat dengan salah laku tersebut.

"Sebagai contoh, kita tidak boleh nak mengadu dan tularkan di media sosial kemudian mahukan perlindungan keselamatan, itu salah.

Iklan

"Jadi kepada mereka yang mahu buat membuat aduan dan ingin menjaga maklumat peribadi, sudut keselamatan atau kesejahteraan perlulah mengikut prosedur betul serta telah digariskan oleh SPRM,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai inisiatif Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyokong keberanian penjawat awam yang dihukum kerana membuat aduan ke atas kes salah laku atau rasuah dalam perkhidmatan.

Iklan

Tambah Shamsul Azri, individu yang dihukum akan mendapat jaminan dan boleh berjumpa terus dengannya untuk pertolongan diperlukan.

Dalam pada itu, Abdul Rahman memaklumkan, inisiatif dilakukan oleh KSN tersebut merupakan perkara bagus sekali gus membuatkan penjawat awam yang ingin tampil membuat aduan bersifat lebih berani.

"Bukan itu sahaja, ia proses yang sangat positif untuk seluruh penjawat awam dalam negara kita kerana respon oleh Shamsul Azri berkenaan mampu membuka seluasnya ruang untuk mereka teraniaya.

"Mengenai hukuman pula, saya juga bersetuju untuk kenakan hukuman kepada mereka yang sengaja menghukum pemberi maklumat semata-mata untuk menutup kesalahan diri sendiri. Tetapi biarlah kita serahkan kepada pakar undang-undang kerana mereka lebih arif dalam hal ini,” ujarnya.