Kabinet baharu Sri Lanka angkat sumpah

Iklan
Presiden Sri Lanka, Anura Kumara Dissanayake. Foto AFP

COLOMBO - Seramai 21 menteri Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Sri Lanka, Anura Kumara Dissanayake pada pagi Isnin di Sekretariat Presiden di Colombo, lapor Xinhua.

Timbalan menteri akan mengangkat sumpah kemudian, ia diumumkan pada majlis itu.

Iklan
Iklan

Selepas Dissanayake memenangi Pilihan Raya Presiden pada 21 September, beliau memerintah dengan Kabinet yang terdiri daripada Harini Amarasuriya dan Vijitha Herath.

Barisan menteri Kabinet baharu itu dipilih antara 159 ahli Parlimen daripada parti Kuasa Rakyat Nasional (NPP) yang memenangi Pilihan Raya Parlimen 14 November.

Iklan

Ini adalah kali pertama parti politik memenangi dua pertiga majoriti di Parlimen sejak sistem perwakilan berkadar diperkenalkan.

Amarasuriya terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri dalam Kabinet baharu dan Herath dilantik semula sebagai Menteri Hal Ehwal Luar, Pekerjaan Asing dan Pelancongan.

Iklan

Berucap kepada Kabinet baharu, Presiden Dissanayake berkata, orang ramai mengundi NPP dua kali, pada September dan November untuk mengubah trajektori politik dan ekonomi Sri Lanka.

Rakyat meletakkan kepercayaan mereka kepada RFN berdasarkan dasar mereka dan integriti ahli parti, dan mulai sekarang, rakyat akan menilai RFN berdasarkan prestasi sebagai kerajaan, katanya.

Dissanayake berkata, rakyat Sri Lanka mengundi mereka dan mengetepikan perbezaan etnik dan agama dan kerajaan baharu komited untuk melindungi dan meningkatkan hak rakyat. - Bernama-Xinhua