Rubin-Sarifuddin bertikam lidah isu pelantikan pengerusi GLC

Iklan
Rubin (kanan) bangun mencelah selepas video yang tular dikaitkan dengannya dibangkitkan dalam sesi ucapan perbahasan oleh Sarifuddin (kiri) dalam sidang DUN Sabah.

KOTA KINABALU - Datuk Rubin Balang (Gagasan Rakyat-Kemabong) bangun mencelah apabila video yang dikaitkan dengannya dibangkitkan dalam ucapan perbahasan belanjawan Sabah oleh Sarifuddin Hatta (Warisan-Merotai).

Beliau tampil memperjelaskan bahawa pelantikannya sebagai pengerusi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hanya sebagai kemudahan untuknya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pernah memegang jawatan menteri.

Iklan
Iklan

"Tadi beliau (Sarifuddin) ada menyentuh mungkin pasal video wasting my time, ini pun wasting my time (buang masa saya) juga mahu jawab.

"Tapi tidak apalah, saya jawab. Saya fikir, pelantikan bertaraf menteri ini sebenarnya adalah facility sahaja kepada seorang wakil rakyat yang pernah memegang jawatan menteri," katanya dalam sidang DUN Sabah di sini pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas Sarifuddin mempersoalkan pendedahan dalam video membabitkan ADUN Kemabong itu, yang menyatakan beliau dilantik sebagai pengerusi GLC bertaraf menteri.

Sarifuddin dalam ucapan perbahasannya berkata, perkara itu merupakan satu pembaziran kerana turut memberi tekanan kewangan kepada GLC terlibat.

Susulan pertikaman lidah antara Rubin dan Sarifuddin menyebabkan Timbalan Speaker DUN Sabah meminta mereka menyelesaikan perkara itu supaya ucapan perbahasan dapat diteruskan.

Iklan

"Saya pasti mungkin ini adalah penghargaan seperti mana Yang Berhormat Kemabong katakan tadi, tapi ia juga mungkin memberikan beban kewangan, yang mana mungkin (kedudukan) bertaraf menteri ada elaun-elaun tertentu, gaji dan sebagainya juga akan diterima pengerusi-pengerusi yang bertaraf menteri termasuk Pengerusi Qhazanah," katanya.

Bagaimanapun, sekali lagi Rubin menjelaskan bahawa beliau hanya menerima gaji daripada satu sumber dan bukannya daripada gaji Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) yang disandangnya ketika ini.

Beliau dalam masa sama mempertahankan tindakan kerajaan bahawa amalan melantik ADUN sebagai pengerusi GLC sudah diamalkan sejak dahulu lagi.

"Ini perkara biasa, dulu pun macam itu...Sekarang kamu tiada sebab kamu tiada kemampuan, GRS (Gabungan Rakyat Sabah) ada kemampuan," katanya.

Susulan pertikaman lidah antara kedua pihak menyebabkan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al-Hambra Tun Juhar meminta mereka menyelesaikan perkara itu supaya ucapan perbahasan dapat diteruskan.

Sebelum ini, satu video pendedahan dakwaan berlaku rasuah melibatkan ADUN dari Sabah dimuat naik dan salah seorang daripada ADUN tersebut adalah Rubin yang juga merupakan Pengerusi SEDCO.