KEADAAN laut bergelora menyebabkan ombak besar menghempas benteng penahan ombak ketika tinjauan Foto Bernama di Pantai Irama hari ini.
Berdasarkan analisis model-model cuaca luruan monsun dijangka berlaku sehingga 23 November 2024. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan di timur dan selatan Semenanjung serta timur Sabah dalam tempoh berkenaan.
Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan.
MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Buruk & Waspada) yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka berkuat kuasa sehingga 23 November 2024.