Aksi Grand Final Kuda Merah bakal berpindah ke Stadium Merdeka

Iklan
Kejohanan Grand Final Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024 'King Of The Ring' di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad. Foto SINAR HARIAN ROSLI TALIB (Gambar kecil: Rosli)

AKSI kejohanan Grand Final Kuda Merah yang sebelum ini sinonim dilangsungkan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur berkemungkinan besar bakal berpindah venue ke Stadium Merdeka tahun depan.

Presiden Kelab Muaythai Kuda Merah, Rosli Yaacob berkata, perancangan itu dibuat bagi memberikan keselesaan kepada penonton termasuk mengatasi masalah kekurangan tempat meletakkan kereta yang dihadapi di Stadium Titiwangsa.

Iklan
Iklan

"Banyak keluhan daripada peminat muay thai yang datang ke Stadium Titiwangsa, tempat letak kereta tak ada dan tidak mencukupi.

"Insya-ALLAH doakan kami agar kejohanan Grand Final Kuda Merah akan dapat diadakan di Stadium Merdeka pada tahun depan," katanya kepada Sukan Sinar.

Iklan

Dalam pada itu, Rosli turut berpuas hati dengan sambutan yang diterima dalam Kejohanan Grand Final Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024 'King Of The Ring' yang telah berlangsung di Stadium Titiwangsa pada Sabtu dan Ahad.

Menurutnya, untuk pertarungan pada Sabtu, seramai 4,500 penonton hadir manakala pada hari Ahad pula seramai 5,000 penonton memenuhi stadium.

Iklan

"Kejohanan kali ini istimewanya apabila kami temukan regu Malaysia bertarung dengan petinju dari luar negara. Keistimewaan kedua adalah kehadiran Rodtang (juara ONE Championship) yang dapat membakar semangat petinju dan menggamit penonton," katanya.