CEO pecat 99 pekerja sebab tidak hadir mesyuarat pagi

Iklan
Gambar hiasan Agensi.

NEW YORK - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) memecat 99 daripada 110 pekerjanya selepas mereka gagal menghadiri mesyuarat pagi.

Dalam satu siaran dikongsi platform Reddit, salah seorang pelatih di syarikat yang tidak didedahkan telah berkongsi surat dari CEO yang membuat pengumuman pemecatan menerusi aplikasi mesej Slack.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif memperkenalkan dirinya sebagai Baldvin Oddsson telah mengeluarkan satu kenyataan panjang sambil pekerjanya kerana gagal memanfaatkan sepenuhnya 'peluang' yang diberikannya bekerja di syarikat tersebut.

"Mana-mana mereka yang tidak hadir semasa mesyuarat pagi, ini dianggap notis rasmi anda: Anda dipecat atas sebab gagal melakukan apa yang anda telah mempersetujui, anda gagal melengkapkan kontrak dan hadir mesyuarat yang sepatutnya,"menurut mesej yang dibaca.

Iklan

Pada masa sama, CEO berkata, dia akan membatalkan semua perjanjian dengan pekerja dan meminta mereka memulangkan segala benda yang ambil daripada syarikat.

"Log keluar daripada semua akaun dan keluarkan diri anda daripada Slack ini dengan segera.

Iklan

"Saya memberi anda peluang untuk menjadikan hidup anda lebih baik, bekerja keras dan berkembang. Namun, anda telah menunjukkan kepada saya bahawa anda tidak mengambil serius perkara ini.

"Daripada 110 orang, hanya 11 yang hadir pagi ini. Anda yang lain diberhentikan untuk berurusan saya sekarang," tambahnya.

Sehingga kemas kini terakhir, siaran itu telah memperoleh lebih 19,000 tanda suka dan hampir 2,000 komen, dengan kebanyakannya bersimpati dengan nasib pekerja tersebut. - Agensi