Vape bukan 'ikhtiar' henti ketagih rokok

Iklan
Perokok sering menggunakan alasan penggunaan vape sebagai salah satu cara untuk meninggalkan tabiat menghisap rokok tembakau. Gambar hiasan

PENGGUNAAN rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape pernah menjadi trend dan ikutan masyarakat di awal kemunculannya di pasaran.

Perokok sering menggunakan alasan penggunaan vape sebagai salah satu cara untuk meninggalkan tabiat menghisap rokok tembakau.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, ia mula mencetuskan kerisauan orang ramai terutamanya ibu bapa berikutan masalah ketagihan dalam golongan remaja yang semakin membimbangkan.

Pada Isnin, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan agar penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan secara total.

Iklan

Baginda bertitah, saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkatkan di Pahang terutamanya dalam kalangan belia berdasarkan statistik oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Titah baginda, antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah secara langsung dan tidak langsung bermula dengan penggunaan vape.

Iklan

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dilaporkan berkata, haram bagi umat Islam menghisap rokok elektronik sebagaimana diharamkan rokok yang mengandungi pelbagai jenis racun seperti nikotin serta bahan kimia lain yang boleh memudaratkan kesihatan.

Menurutnya, pengharaman atau larangan penggunaan vape itu berdasarkan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang dicapai pada 21 Disember 2015.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa walaupun ramai yang sedia maklum mengenai hukum menggunakan rokok elektronik berkenaan tetapi ia sering kali diendahkan.

Justeru itu, pelbagai usaha lebih berkesan perlu dilakukan bagi memastikan masyarakat terutamanya golongan remaja tidak terjebak dengan lebih jauh sehingga merosakkan generasi pemimpin masa hadapan.