Penunggang motosikal maut digilis MPV

Iklan
Lelaki berusia 21 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16 meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan di Kilometer 36 Jalan Klang-Teluk Intan pada Isnin.

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki maut digilis sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 36 Jalan Klang-Teluk Intan di sini pada Isnin.

Kejadian kira-kira jam 7 malam itu menyebabkan mangsa berusia 21 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16 meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azharudin Tajuddin berkata, siasatan awal polis mendapati penunggang motosikal terlibat kemalangan dengan sebuah kereta terlebih dahulu.

"Kemalangan itu menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh dan memasuki laluan kenderaan MPV di sebelah kiri arah sama.

Iklan

"Akibat motosikal terjatuh pada jarak dekat, MPV itu tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal terbabit menyebabkan mangsa digilis dan berada di bawah kenderaan MPV berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Azharudin, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan

Sehubungan itu, katanya, polis sehingga kini masih mengesan pemandu kereta kerana telah meninggalkan lokasi kemalangan sebaik pelanggaran awal berlaku.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran.