AI dalam mengajar agama
Iklan
KECERDASAN buatan atau yang selalu disebut sebagai AI kini telah menjadi trend di mana-mana. Kini kita tak perlu lagi merasa malu-malu untuk bertanya kepada orang lain, dengan soalan yang kita anggap kurang cerdik. AI sanggup menjawabnya.
Kerana bijak dan baiknya AI ini, telah ada saran untuk memanfaatkan AI untuk agama. Ideanya logik. Maklumlah AI boleh menjawab semuanya, malah AI boleh menyenaraikan hadis berkaitan hukum tertentu, dan juga boleh membuat teks khutbah Jumaat untuk kita. Mungkin semua hal lain dalam hal agama juga.