KUANTAN - Pahang antara empat negeri yang membuat penampilan sulung dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia di Dubai (MIHAS@Dubai).
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penyertaan Pahang pada platform antarabangsa terkemuka yang mempromosikan industri halal global itu menunjukkan komitmen kerajaan negeri menyokong pertumbuhan usahawan di dalam industri halal dan membuka peluang kerjasama perniagaan baru peringkat global.