Achey bawa baju Abam sambut Fad di KLIA

Iklan
Fad Bocey apabila bertemu sahabatnya Achey di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi tadi. -Foto Instagram Af Bocey

KITA kena kuat ya chey (Achey)... dapat semangat aku balik, demikian luahan sebak Fad Bocey apabila bertemu sahabatnya Achey di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Nizam disambut Achey selepas pulang ke tanah air setelah bercuti bersama keluarga di Tokyo, Jepun.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, selamat sampai... aku terbayang kau pun ada Bam (Arwah Abam) dalam pelukan tu, ALLAH... kita kena kuat ya Chey, dapat semangat aku balik," ungkapan statusnya dimuat naik di Instagram miliknya.

Sebelum ini, Fad menerima berita sedih mengenai Abam ketika berada di Tokyo dan terkilan kerana tidak dapat bertemu arwah buat kali terakhir setelah Abam nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia ketika tidur, pagi semalam.

Iklan

Menerusi Instagram Achey, ketika kehilangan Abam, jiwanya seakan-akan hilang ditambah pula sahabatnya Fad tiada disisinya waktu itu.

Namun setelah pulangnya Fad, Achey menerusi kapsyen memberitahu,"Darah, nafas, jantung aku kembali bergerak tenang... sayap kiri dan kanan #bocey terasa mula bergerak perlahan semula... itu yang kami ada buat masa."

Iklan

Dalam pada itu, video pertemuan mereka di KLIA dikongsi di Instagram adik arwah dikenali @syukkicuk menyaksikan pelukan erat antara dua orang sahabat itu undang sebak ramai yang penonton.

Kelihatan juga Achey membawa baju Abam sebagai simbolik kehadiran arwah pada pertemuan tersebut.

@syukkicuk juga memuat naik video pertemuan Fad dengan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dari anggota kumpulan Puteh iaitu adik kepada arwah di rumah mereka di Gombak.

Aksi mereka berpelukan tanpa berkata apa-apa seakan memahami perasaan masing-masing yang sukar digambarkan dengan kata-kata setelah pemergian Abam Bocey yang cukup disanjungi.

Jenazah pelawak terkenal, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, yang juga anggota kumpulan Bocey selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di sini kira-kira jam 7.30 petang kelmarin.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Salak Batu 10 Gombak ketika tidur.

Terdahulu, jenazah tiba di Masjid Gombak Utara (Zakaria) kira-kira jam 5.10 petang untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.

Lebih 2,000 orang hadir di masjid berkenaan untuk memberikan penghormatan terakhir termasuk rakan artis antaranya Achey, Fizo Omar, Tomok, Black dan AC Mizal.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al- Juffrey berusia lapan bulan.

Abam bersama Fad dan Achey menganggotai kumpulan Bocey dan pernah menjuarai Maharaja Lawak Mega pada 2017.

Ahli keluarga menyiram air ke pusara Allahyarham Abam selepas selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB