[VIDEO] Fakulti AI bakal diwujudkan di UniKL

Iklan

DUBAI - Universiti Kuala Lumpur (UniKL) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kolaborasi itu bertepatan dengan reputasi institusi itu sebagai universiti AI pertama di dunia dan pengalaman negara itu dalam meneroka teknologi terbabit perlu dimanfaatkan.

Iklan
Iklan

"Apa yang telah dipersetujui ialah Zayed University of Artificial Intelligence akan menjalinkan hubungan dengan UniKL di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Ini adalah satu pendekatan baru dan kita perlu belajar AI daripada mereka yang telah melakukan sistem pendidikan AI lebih awal," katanya pada majlis makan malam bersama lebih 200 diaspora Malaysia di Dubai sempena lawatan kerja 7 hari ke UAE pada Isnin.

Iklan

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, setakat ini hanya tiga universiti awam mempunyai fakulti AI melibatkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

Ahmad Zahid Hamidi

Tambahnya lagi, pengalaman UAE sejak 15 tahun lalu dalam membangunkan AI turut mendapat perhatian banyak negara untuk mempelajari teknologi terbabit.

Iklan

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, lebih 6,000 anak tempatan yang menetap di negara itu amat dikagumi oleh kerajaan dan rakyat UAE.

"Ini menjadi cerminan kepada keunggulan sistem pendidikan negara yang berjaya menghasilkan ramai tenaga profesional dan usahawan,” ujarnya.

Tambah Ahmad Zahid, beliau juga menghargai komitmen UAE untuk menubuhkan pusat data di Malaysia yang melibatkan pelaburan kira-kira AS$50 bilion.

Ahmad Zahid dan delegasi mengadakan lawatan rasmi tujuh hari ke UAE yang berakhir Selasa.