I-Seed, Blueprint beri impak positif basmi kemiskinan

Iklan
V Papparaidu

SHAH ALAM - Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (I-Seed), telah memberi manfaat kepada 410 penerima dengan jumlah peruntukan kira-kira RM2.3 juta semenjak dimulakan pada tahun 2021.

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, V Papparaidu berkata, bagi Program Bantuan Peralatan Blueprint Pembasmian Kemiskinan pula memberi manfaat kepada 5,645 peniaga kecil berpendapatan rendah.

Iklan
Iklan

"Sepanjang 16 tahun program ini dijalankan sebanyak RM21,168,963.10 dibelanjakan dan peruntukan ini digunakan untuk menyediakan peralatan bantuan yang diperlukan oleh penerima bagi membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

"Dengan bantuan peralatan Blueprint dan I-Seed ini, ramai penerima manfaat telah mampu meningkatkan pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi seperti pertanian, perniagaan kecil, dan penternakan," ujarnya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa.

Iklan

V Papparaidu yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting berkata demikian menjawab soalan Leong Tuck Chee (PH - Pandamaran) mengenai prestasi dan kejayaan Program Blueprint dan I-Seed.

Jelasnya lagi, program tersebut juga telah menyumbang kepada pembangunan sosial dengan mengurangkan jurang kemiskinan dan meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

Iklan

"Secara tidak langsung program Blueprint dan I-Seed ini telah menggalakkan keterlibatan komuniti dalam proses pembasmian kemiskinan serta membina jaringan sokongan di kalangan penerima manfaat.

"Selain bantuan peralatan, program ini juga memberikan pendidikan dan latihan kepada penerima manfaat tentang cara menggunakan peralatan dengan berkesan, serta pengurusan kewangan dan perniagaan yang baik," ujarnya.

Tambahnya, secara keseluruhan, program berkenaan memberi impak positif dalam usaha membasmi kemiskinan di Selangor dan membangun masyarakat.