IOI Properties, Maybank tawar skim pembiayaan hijau

Iklan
Chin Guan (kiri) bersama Abd Razak bersama memeterai kerjasama strategik antara IOI Properties Group Berhad (IOIPG) dan Malayan Banking Berhad (Maybank).

IOI Properties Group Berhad (IOIPG) memeterai kerjasama strategik dengan Malayan Banking Berhad (Maybank) menawarkan pembiayaan perumahan sehingga 95 peratus dengan tambahan lima peratus untuk pembeli rumah bagi projek kediaman hijau terpilih.

Ia selaras dengan dasar inisiatif kemampanan IOIPG bagi menggalakkan pendekatan pembangunan holistik yang menggunakan reka bentuk hijau dan cekap tenaga.

Iklan
Iklan

Ketua, Jualan dan Pemasaran Kumpulan serta Penjenamaannya, Nicole Lee Chee Yiing berkata, menerusi kempen tersebut, pengguna boleh menikmati pembiayaan sehingga 95 peratus dengan tambahan lima peratus insurans kredit, takaful, yuran guaman, penilaian selain duti setem dengan Maybank Green Home Financing.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Maybank dalam menawarkan 95 lima peratus untuk rumah hijau terpilih di seluruh kediaman.

Iklan

"Ini menangani keperluan pasaran dengan memenuhi permintaan kontemporari untuk rumah lestari yang dibina dengan mengambil kira keperluan generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Turut hadir Ketua Operasi Kumpulan Pegawai IOIPG, Teh Chin Guan dan Pengarah Maybank Selangor serta Negeri Sembilan, Abd Razak Kamardin.

Iklan

Mengulas lanjut, menurut Nicole, kempen tersebut turut digunakan dalam industri hartanah selain diperakui oleh Indeks Bangunan Hijau (GBI) dalam reka bentuk tenaga dan alam sekitar (LEED).

Tambah beliau, setiap pemohon perlu mematuhi syarat kelayakan Maybank termasuk bekerja di syarikat atau organisasi yang sudah beroperasi sekurang-kurangnya tiga tahun.

"Ini menunjukkan usaha berterusan IOIPG terhadap pembangunan mampan dan menghasilkan iklim rumah berdaya tahan dengan jejak karbon yang lebih rendah.

"Ia juga menandakan usaha terkini untuk menggalakkan pengurangan pelepasan GHG dan meningkatkan kecekapan sumber serta pengurusan sisa yang berkesan,” ujarnya.