[VIDEO] NAFFCO perkenal teknologi pengurusan bencana - Ahmad Zahid

Iklan

DUBAI - Malaysia dijangka dapat meraih manfaat besar daripada penggunaan teknologi inovatif seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) yang diketengahkan oleh syarikat-syarikat terkemuka di Emiriah Arab Bersatu (UAE) termasuk NAFFCO.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, teknologi ini berpotensi memperkukuhkan sistem pengurusan bencana negara sekali gus meningkatkan keupayaan negara dalam menangani cabaran semasa.

Iklan
Iklan
Ahmad Zahid (tengah) dan delegasi telah dibawa melawat ibu pejabat dan kilang NAFFCO di kawasan Zon Bebas Jebel Ali, Dubai pada Isnin.

"Semasa berada di Dubai, saya berpeluang melawat NAFFCO, sebuah peneraju global dalam bidang keselamatan dan perlindungan dengan kehadiran di lebih daripada 100 negara.

"Usaha mempelajari teknologi terkini serta pertukaran pengetahuan amat penting, terutama ketika kita bersiap siaga menghadapi risiko global seperti bencana yang dipengaruhi oleh perubahan iklim,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan
Ambulans lengkap dengan kemudahan terkini menjadi antara produk perkhidmatan keselamatan serta perlindungan kebakaran yang dikeluarkan di kilang NAFFCO, Dubai.

Terdahulu, Ahmad Zahid dan delegasi telah melawat ibu pejabat dan kilang NAFFCO di kawasan Zon Bebas Jebel Ali, Dubai pada Isnin.

Antara pengurusan tertinggi NAFFCO yang menyambut kedatangan rombongan delegasi Malaysia termasuk Ketua Pegawai Eksekutif NAFFCO, Khalid Al Khatib dan Pengarah Urusan, Ali Khalid Al Khatib.

Iklan

NAFFCO (National Fire Fighting Manufacturing FZCO) merupakan pengeluar produk pemadam kebakaran yang berpangkalan di Timur Tengah dan produknya terdiri daripada dua segmen perniagaan utama iaitu perkhidmatan keselamatan serta perlindungan kebakaran.

NAFFCO merupakan pengeluar produk pemadam kebakaran yang berpangkalan di Timur Tengah dan produknya terdiri daripada dua segmen perniagaan utama iaitu perkhidmatan keselamatan serta perlindungan kebakaran.

Tambah Ahmad Zahid, kepakaran dan komitmen NAFFCO sejajar dengan misi kita untuk melindungi nyawa, harta benda, dan alam sekitar.

"Dengan meneroka peluang kerjasama, kita dapat memperkukuh kesiapsiagaan bencana, memperkasakan barisan penyelamat, dan memastikan Malaysia bersedia menghadapi cabaran masa depan.

"Bersama, kita mampu membina masa depan yang lebih selamat, lestari, dan berdaya tahan,” katanya lagi.