Itu hak mereka untuk bawa ke mahkamah - Johari

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kecil: Johari

PUTRAJAYA - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sedia berdepan dengan prosiding mahkamah susulan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengemukakan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Ketika dihubungi, Johari turut akur dengan keputusan yang diputuskan oleh mahkamah kelak.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Setiausaha Kerja Bersatu, Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Whip parti, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee selaku plaintif memfailkan saman itu menuntut perisytiharan keputusan Johari selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak mengosongkan kerusi lima ahli Parlimen yang dipecat parti itu sebagai tidak berperlembagaan.

Selain Johari, turut dinamakan sebagai defendan pertama sehingga keenam adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Iklan

Menerusi dokumen saman tersebut, plaintif memohon perisytiharan antaranya Johari bertindak menyalahi peruntukan nyata Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan apabila secara salah membuat keputusan tidak berlakunya kekosongan luar jangka bagi lima kerusi Parlimen terbabit melalui surat bertarikh 9 Julai lalu.

Dua plaintif ini turut memohon perisytiharan, bahawa mahkamah berhak memperbetulkan mana-mana tafsiran salah, termasuk tafsiran oleh Johari, atau mana-mana Speaker Dewan Negeri dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Iklan

Johari menerusi surat bertarikh 9 Julai 2024 menyatakan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan untuk keenam-enam kerusi bekas Ahli Bersatu.

Ia selepas Bersatu mengemukakan notis meminta enam kerusi Ahli Parlimennya yang beralih sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikosongkan.