Mangsa tertekan dalam pelajaran - Polis

Iklan
Laporan Sinar Harian

GEORGE TOWN - [DIKEMAS KINI] Polis menemui nota dipercayai ditulis pelajar perempuan Tingkatan Dua yang maut selepas terjatuh dari tingkat lapan sebuah sekolah menengah di sini pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, menerusi nota tersebut, mangsa menyatakan dia tertekan dalam pelajaran.

Iklan
Iklan

"Pihak polis telah menemui nota yang dipercayai ditulis oleh pelajar terbabit dan dia mengatakan tertekan dalam pelajaran," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut dan pihaknya masih menunggu hasil bedah siasat yang telah dijalankan pagi Selasa.

Iklan

"Bedah siasat yang dijalankan pada jam 9 pagi mengesahkan punca kematian adalah kecederaan di bahagian kepala dan leher akibat jatuh dari tempat tinggi," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang pelajar perempuan sekolah menengah maut selepas terjatuh dari bangunan sekolahnya di Jelutong di sini.

Iklan

Mangsa yang berusia 14 tahun disahkan maut di lokasi kejadian selepas terjatuh dari tingkat lapan sekolah terbabit.

Polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang mengenai kejadian terbabit pada jam 5.57 petang.