Orang Asli tiada geran tanah sawit boleh dapatkan pengesahan kerajaan negeri

Iklan
Johari ketika bercakap kepada pemberita pada Selasa.

KUALA KANGSAR - Pekebun kecil sawit khususnya Orang Asli boleh mendapatkan pengesahan geran dan lesen daripada kerajaan negeri masing-masing sebagai syarat penjualan kelapa sawit.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pengesahan kerajaan negeri itu sudah boleh dipertimbangkan sebagai geran yang memenuhi syarat penjualan seperti ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Iklan
Iklan

"Tidak ada masalah sebenarnya kerana kalau ada kes begitu, pergi sahaja kepada kerajaan negeri minta pengesahan dan kita akan consider itu sebagai geran. Kita akan bantu, yang penting mereka tidak pergi potong hutan untuk tanam sawit tanpa ada kebenaran.

"Perkara sama juga melibatkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak yang tidak mempunyai geran.

Iklan

"Apabila kerajaan negeri beri pengesahan, kita akan proses serta beri justifikasi mengikut standard antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kilang minyak sawit berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) pertama di dunia di Minsawi Industries di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu MPOB melonggarkan syarat penjualan kelapa sawit tanpa perlu mewajibkan geran tanah dan lesen kerana membebankan pekebun kecil khususnya masyarakat Orang Asli.

Iklan

Johari berkata, syarat pemilikan berkenaan diwujudkan bagi memenuhi dan mematuhi Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dan terpakai kepada semua pemain industri sawit.

Katanya, ketika ini Malaysia mengeluarkan 18.6 juta tan minyak kelapa sawit dan daripada jumlah itu, 4 ke 5 juta tan bagi penggunaan dalam negara manakala selebihnya dieksport.

"Apabila dieksport, China beli, India beli malah negara-negara Eropah juga beli yang jumlahnya memberi nilai eksport melebihi RM100 bilion setahun.

"Jadi untuk pastikan perkara ini tidak hilang, ada standard yang perlu kita patuhi.

"Tanah yang ditanam sawit mesti ada pengesahan. Tambahan pula kilang-kilang (proses sawit) semuanya ada Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO). Mereka tidak boleh ambil buah yang datang dari hutan-hutan yang dinyahkan," katanya.