Payung Rahmah diperluas kepada mahasiswa melalui PJRM@Kampus

Iklan
Armizan (tiga dari kiri) menyampaikan mock cek kepada GPS untuk program meningkatkan advokasi kepenggunaan dalam masyarakat.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperluas inisiatif Payung Rahmah menerusi Program Jualan Rahmah Madani (PJRM)@Kampus yang bakal dilaksanakan Januari tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, menerusi program itu, lebih ramai golongan sasar akan menerima manfaat itu termasuk golongan mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT).

Iklan
Iklan

Menurutnya, Gerakan Pengguna Siswa (GPS) akan dilantik sebagai rakan strategik diberikan masa dua minggu untuk mengemukakan syor dan pandangan berkaitan kaedah, mekanisme serta barangan diperlukan untuk PJRM@Kampus.

"Diharap dengan adanya suara daripada golongan sasar sendiri, program akan berlangsung dengan berkesan dan mencapai objektif disasarkan.

Iklan

" Program ini akan dilaksanakan di semua IPT sama ada awam dan swasta yang kekerapannya akan ditentukan berdasarkan penetapan peruntukan kelak," katanya ditemui pada Perasmian Penutup GPS Peringkat Kebangsaan 2024 di UTM Hotel & Residence di sini pada Selasa.

Armizan (dua dari kiri) beramah mesra bersama mahasiswa pada Penutup GPS Peringkat Kebangsaan 2024 di UTM Hotel & Residence di sini pada Selasa.

Armizan berkata, projek perintis akan dimulakan di beberapa IPT yang terdapat GPS sebelum diperluaskan ke kawasan lain secara berperingkat.

Iklan

Beliau berpandangan tempoh dua minggu diberikan kepada GPS untuk mengemukakan syor dianggap mencukupi memandangkan mereka lebih memahami keperluan diperlukan mahasiswa kampus.

"Antara barangan diperlukan ialah makanan dan jika ada permintaan barangan alat tulis juga boleh dipertimbangkan.

"Kemungkinan bukan barang basah tapi ada juga beranggapan ia sebahagian keperluan pelajar yang duduk di luar kampus.

"Bagaimanapun, KPDN akan melihat terlebih dahulu syor yang dikemukakan sebelum dibincangkan bersama kumpulan pelaksana sama ada melalui koperasi atau lantikan dari luar," katanya.

KPDN memperkasa peranan GPS dianggotai dalam kalangan mahasiswa IPT sebagai usaha meningkat advokasi kepenggunaan dalam masyarakat.

Mengambil kira peranan penting golongan mahasiswa dalam masyarakat, KPDN turut menggariskan GPS sebagai salah satu rakyat strategik dalam menggerakkan inisiatif Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan atau Kita Gempur.

End