Sidang Parlimen sunyi, semua soalan tiada jawapan - Syahir

Iklan
Syahir Sulaiman

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman mendakwa sidang Parlimen kali ini sunyi daripada jawapan memandangkan setiap soalan yang diajukan kepada kerajaan tidak menerima maklum balas daripada mereka.

Syahir berkata, walhal Parlimen adalah medan untuk sekalian wakil rakyat berbahas dan bertanya.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, sepatutnya menteri hendaklah menjawab setiap perbahasan dan pertanyaan wakil rakyat.

"Bila ditanya ke mana hilangnya beras tempatan, penggunaan kad pengenalan di stesen minyak, kenaikan harga barang dirasai B40 dan M40 serta wujudkah titah adendum, semuanya tiada jawapan.

Iklan

"Kendatipun Perdana Menteri tiada sebulan, Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Jemaah Menteri hendaklah bertanggung jawab secara kolektif kepada Parlimen," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Syahir turut mempersoalkan tindakan itu sedangkan setiap pertanyaan harus diberi jawapan oleh pihak berkenaan.

Iklan

"Adakah (wakil) rakyat berhak untuk wujud dan mendapat jawapan di Parlimen?

"Jawapannya adalah ya,"ujarnya.