Kastam Labuan rampas 15 kereta bernilai RM2.8 juta termasuk cukai

Iklan
Aspalila (dua dari kanan) menunjukkan kenderaan yang disita dan dipamerkan pada sidang media Ops Radu di Kompleks Penguatkuasaan dan Pematuhan Kiamsam, Jabatan Kastam Diraja (JKDM) Wilayah Persekutuan (WP) Labuan hari ini. Foto Bernama

LABUAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Labuan merampas 15 kereta pelbagai jenama keseluruhannya dianggar bernilai RM2.8 juta termasuk cukai dalam operasi antara 23 Oktober hingga 15 November lepas di pelbagai lokasi di Sabah.

Antara kereta dirampas ialah Ferrari GTB 599 Fiorano, Mercedes-Benz GLA250, beberapa model Toyota selain Subaru Impreza dan Nissan Grand Livina.

Iklan
Iklan

Pengarah Kastam Labuan, Aspalila Awang Tuah berkata, kenderaan dirampas itu didapati melanggar syarat di bawah Butiran 14 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017, yang mengehadkan kenderaan berdaftar bebas cukai berada di luar Labuan tidak melebihi 90 hari dalam setahun.

"Kejayaan operasi ini mencerminkan kerja berpasukan antara JKDM Labuan dan Sabah.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil operasi terbaharu itu menjadikan 67 kenderaan disita JKDM Labuan tahun ini, yang dianggar bernilai RM7.6 juta termasuk cukai. - Bernama

Iklan