KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia berkembang 3.6 peratus pada suku keempat 2019 menjadikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun penuh sebanyak 4.3 peratus, terendah sejak krisis kewangan 2009 berikutan gangguan bekalan dalam sektor komoditi, demikian diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.
"Pertumbuhan KDNK bagi 2019 akan menjadi lebih tinggi pada 4.7 peratus tanpa gangguan bekalan dalam sektor komoditi,” kata Gabenornya, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.