Tidak boleh sesuka hati naik harga - Armizan

Iklan
Armizan ditemui pada Perasmian Penutup GPS Peringkat Kebangsaan 2024 di sini pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menasihati semua pihak berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menaikkan harga makanan.

Armizan berkata, beliau tidak mahu ada pihak dianggap mengambil kesempatan susulan pengumuman kerajaan menaikkan gaji minimum dan gaji penjawat awam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebarang pengumuman kenaikan harga tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya dan perlu melalui justifikasi kukuh tanpa ada elemen pencatutan.

"Sebarang kenaikan perlu ambil kira kos langsung dan tak boleh dibuat pengumuman (naik harga) sesuka hati.

Iklan

"Jika buat demikian, KPDN boleh menanggil pihak terbabit untuk dapatkan alasan dan sebab kenakan harga tersebut," katanya mengulas isu cadangan kenaikan harga restoran India Muslim atau mamak di Johor.

Beliau ditemui pada Perasmian Penutup GPS Peringkat Kebangsaan 2024 di sini pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 300 pengusaha restoran India Muslim atau mamak di Johor mengadu dijangka kos operasi mereka akan terus meningkat dengan pelaksanaan gaji minimum mulai tahun.

Justeru, pengusaha restoran mamak dijangka menaikkan harga makanan di premis mereka bermula dari lima peratus, mulai tahun depan.

Beliau berkata, Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor telah dipanggil pada 14 November lalu untuk perbincangan berkenaan isu tersebut.

"Sebaik mereka membuat pengumuman tersebut, KPDN telah keluar notis dan panggil mereka untuk memberikan penjelasan.

"Alhamdulillah selepas perjumpaaan diadakan dengan wakil persatuan, mereka memberi komitmen tidak akan naikkan harga sebagaimana yang diumumkan," katanya.