AI bantu KKM kesan kanser

Iklan
Dr Dzulkefly

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terbuka untuk mempertimbangkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengesanan penyakit khususnya kanser di hospital awam.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pertimbangan itu mengambil kira teknologi tersebut terbukti selamat, berkesan dan kos yang efektif.

Iklan
Iklan

Menurutnya, teknologi AI mempunyai potensi besar dalam mempertingkatkan lagi keupayaan sistem penjagaan kesihatan, terutamanya dalam aspek diagnosis dan pengesanan awal penyakit seperti kanser.

"Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS) (iaitu) seksyen yang berada di bawah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM telah menjalankan beberapa penilaian teknologi yang melibatkan AI bagi maksud membantu pengesanan kanser.

Iklan

"Selain itu, MaHTAS juga menilai teknologi AI dalam saringan kanser payudara melalui mamogram. Walaupun dapatan awal menunjukkan potensi teknologi itu dalam membantu saringan, bukti yang tersedia masih terhad.

"KKM juga meneliti potensi teknologi AI bagi pengesanan awal kanser serviks menerusi penggunaan teknologi pengimejan perubatan. Namun begitu, bukti saintifik yang menyokong keberkesanannya masih lagi terhad,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Wgong Chen (PH-Subang) yang memintanya menyatakan sama ada KKM sedang mempertimbangkan pelaksanaan AI dalam mengesan kanser di hospital awam.

Selain itu, Dzulkefly turut menjelaskan MaHTAS turut menjalankan penilaian terhadap teknologi lain yang berkaitan AI seperti dalam pengesanan awal penyakit tuberkulosis menggunakan sinar-X dan penggunaan aplikasi ultrasound mudah alih dengan integrasi teknologi tersebut.