McDonald’s Malaysia kukuhkan perniagaan di Sabah

Iklan
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar (dua dari kiri) bersama tetamu jemputan yang hadir ketika Majlis Perasmian McDonald’s Pandu-Lalu Tuaran Town, di sini pada Oktober lepas.

TUARAN - McDonald’s Malaysia mengukuh kedudukan dalam perkembangan perniagaan di negeri Sabah dengan pembukaan restoran terbaharunya, McDonald’s Pandu-Lalu Tuaran Town, pada Oktober lepas.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, perasmian restoran tersebut memperlihatkan komitmen McDonald’s Malaysia dalam misi membuka 36 restoran di negeri Sabah menjelang 2030.

Iklan
Iklan

Menurut Azmir, sehingga 2024, McDonald’s Malaysia telah beroperasi di 22 lokasi di seluruh negeri tersebut dengan sokongan 800 tenaga kerja tempatan.

"Kini, terdapat 370 restoran McDonald’s di seluruh Malaysia. Kami gembira dengan pembukaan restoran terbaharu di Sabah.

Iklan

"Kami berharap restoran ini mampu meluaskan lagi penyampaian Delicious Feel-Good Moments atau kenangan terindah kepada para pelanggan, sekali gus menjadikan McDonald’s sebagai restoran pilihan utama masyarakat di sini.

"Sebagai syarikat tempatan, kami sentiasa berusaha untuk memastikan perniagaan kami dapat menyumbang kembali kepada kebajikan, kemahiran dan taraf ekonomi masyarakat,” katanya.

Iklan

Pada majlis sama, McDonald’s Malaysia turut menyerahkan pembayaran zakat perniagaan bagi tahun 2024 berjumlah RM100,000 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk diagihkan kepada golongan asnaf di negeri itu.

Terima manfaat

Azmir berkata, McDonald’s Malaysia dan badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia), turut menyumbang 1,300 Pek Kembali Ke Sekolah kepada murid-murid sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan di negeri Sabah.

"Sejak tahun 2017, lebih 6,000 kanak-kanak di negeri Sabah telah menerima manfaat daripada Program Pek Kembali Ke Sekolah itu.

"Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah, selain memberi motivasi kepada murid-murid untuk memulakan sesi persekolahan baharu,” kata Azmir.

Azmir (tiga dari kanan) bersama tetamu yang hadir dan murid-murid sekolah rendah bergambar bersama replika cek Sumbangan McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia kepada Kerajaan Negeri Sabah.


Dalam pada itu, menurut Azmir, RMHC Malaysia juga telah membuka Rumah Ronald McDonald keempat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) yang telah memberi manfaat kepada hampir 100 keluarga kurang berkemampuan dari Sabah sejak ia dibuka tahun lepas.

"Rumah Ronald McDonald di HWKKS ini juga merupakan yang pertama di Sabah dan di Malaysia Timur,” katanya.

Menurut Azmir, RMHC Malaysia juga akan memberikan geran perubatan berjumlah RM100,000 kepada HWKKS yang akan digunakan membiayai rawatan perubatan, peralatan dan keperluan kritikal lain untuk kanak-kanak yang memerlukan.

"Berlandaskan dengan pembukaan restoran baharu kami di Tuaran, ia juga secara langsung memberi peluang kepada kami untuk mendekati dan menyumbang kepada golongan masyarakat yang memerlukan di sekitarnya.

"Ia sangat bertepatan dengan nilai teras syarikat yang sangat mengutamakan kesejahteraan serta mahu mewujudkan impak positif dalam kalangan masyarakat,” tambah Azmir.