Kerajaan akan putuskan cadangan letak Felda bawah KKDW

Iklan
Rubiah Wang

KUALA LUMPUR - Cadangan supaya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) diletakkan di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tertakluk kepada keputusan dasar kerajaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, buat masa ini fungsi dan peranan agensi itu akan berjalan seperti biasa.

Iklan
Iklan

"Kita ucapkan terima kasih atas cadangan berkenaan, walau bagaimanapun keputusan tersebut tertakluk kepada keputusan dasar kerajaan.

"Buat masa ini pihak KKDW akan terus membantu peneroka Felda dan hal ehwal masyarakat peneroka,” katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 mewakili kementeriannya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau memberi jawapan balas terhadap cadangan yang dilontarkan beberapa ahli Parlimen berhubung perkara tersebut.

Antara yang membangkitkan perkara itu, Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu).

Iklan

Selain itu, Datuk Mohd Islam Mohd Isa (BN-Tampin) sebelum ini juga turut melontarkan cadangan sama dengan alasan untuk membolehkan agensi tersebut bergerak seiring Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

Ketika ini, Felda ditempatkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.