Shamsuddin mulakan tugas sebagai Timbalan Panglima TLDM

Iklan
Shamsuddin memulakan tugas sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut pada Selasa.

SHAH ALAM - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Timbalan Panglima baharu pada Selasa.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut Kuala Lumpur memaklumkan Laksamana Madya Datuk Shamsuddin Ludin memulakan tugas sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut.

Iklan
Iklan

Menerusi kenyataan dikeluarkan, ketibaan beliau ke Wisma Pertahanan disambut Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Laksamana Muda Badarudin Taha dan Asisten Ketua Staf Pentadbiran, Laksamana Pertama Kamaruddin Omar serta barisan pengurusan tertinggi Markas Tentera Laut.

"Shamsuddin sebelum ini telah memegang jawatan Panglima Armada Barat mulai 18 Oktober 2023.

Iklan

"Antara jawatan yang pernah disandang adalah Pegawai Kanan Skuadron Penangkis Periuk Api Ke-26 semasa beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah KD MAHAMIRU dan Pegawai Kanan Skuadron Frigat Ke-23 ketika beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah KD JEBAT," katanya pada Selasa.

Menurutnya, selain itu, Shamsuddin juga pernah memegang jawatan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan di Markas Tentera Laut.

Shamsuddin memulakan tugas sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut pada Selasa.

Iklan

"Beliau pada ketika itu dilantik sebagai Ketua Pengarah Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan di Markas Angkatan Tentera Malaysia.

"Dari sudut akademik, Shamsuddin memperolehi Ijazah Sarjana Pengurusan dan Kajian Pertahanan dari Universiti Canberra, Australia dan Ijazah Sarjana dalam bidang Maritime Studies dari Universiti Wollongong, Australia," katanya.

Tambah kenyataan itu, beliau juga telah menamatkan pengajian Command and Staff College di Australia serta Naval Command Course U.S Naval War College di Rhode Island.

"Beliau telah menerima anugerah Pakar Keselamatan Siber Tahun 2021 oleh Cyber Security Malaysia sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan dan inisiatif beliau dalam bidang keselamatan siber.

"Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Profesor Adjung oleh Universiti Teknologi MARA dan juga diiktiraf sebagai Profesional Teknologis oleh Lembaga Teknologis Malaysia," katanya.