KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang nyaris maut setelah terjatuh dari tingkat dua sebuah apartmen di Bukit Jalil pada Selasa.
Komander Operasi Pegawai Pegawai Bomba Kanan II Rosmawi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian oada jam 8.56 pagi.
"Seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kejadian melibatkan seorang wanita berumur lingkungan 30-an yang berada di atas bumbung parkir tingkat bawah dipercayai terjatuh dari tingkat dua apartmen berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Katanya, anggota bomba bertugas kemudian menjalankan usaha menurunkan mangsa.
"Pemeriksaan awal mendapati mangsa patah kaki kiri akibat terjatuh.
"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya.