4th Asia Pacific Family Business Summit 2024 peluang terokai strategi perniagaan keluarga

Iklan
Firdaus (dua dari kiri) menjadi panel pada 4th Asia Pacific Family Business Summit 2024 yang diadakan pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Persidangan 4th Asia Pacific Family Business Summit 2024 memberi peluang kepada peserta meneroka strategi inovatif untuk memelihara, mengembang dan mengekalkan perniagaan merentas generasi sambil mengekalkan nilai teras serta warisan keluarga.

Pengasas dan Presiden BinaPavo @ kCommerce (M) Sdn Bhd (BinaPavo), Dr Mohar Yusof berkata, persidangan kali keempat merangkumi pelbagai topik itu menyelidik pelbagai aspek kekayaan keluarga yang bukan sahaja meliputi aset kewangan tetapi juga modal insan, intelek dan sosial.

Iklan
Iklan

"Sebagai pengurus kepada warisan keluarga, peserta mendapat dan mendengar pandangan daripada panelis tentang kerumitan strategi pemeliharaan kekayaan dan perancangan penggantian bagi memastikan kemampanan perniagaan keluarga mereka untuk generasi akan datang.

Jemputan yang hadir pada 4th Asia Pacific Family Business Summit 2024 yang diadakan pada Selasa.

"Perniagaan keluarga ini berbeza dengan bukan perniagaan keluarga kerana ada komponen atau elemen keluarga yang sebenarnya kalau tidak diurus dengan tertib atau cara yang sesuai, ia akan mempengaruhi perniagaan secara negatif.

Iklan

"Persidangan ini kami bawakan panelis seramai yang boleh dan jadikan ia sebagai satu komuniti dan jaringan yang mana pemilik perniagaan keluarga boleh bekerjasama," katanya selepas persidangan itu di The Gardens Hotel di sini pada Selasa.

Firdaus (kanan) menjadi panel pada 4th Asia Pacific Family Business Summit 2024 yang diadakan pada Selasa.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin; Ketua Pegawai Eksekutif BinaPavo, Dr Leilanie Mohd Nor dan tetamu kehormat lain.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohar berkata, persidangan itu terbukti mampu memupuk hubungan yang kukuh dengan pihak berkepentingan termasuk ahli keluarga, pekerja, pelanggan dan komuniti menerusi maklum balas positif yang diterima daripada kalangan peserta.

Peserta membaca akhbar Sinar Harian yang diedarkan secara percuma ketika 4th Asia Pacific Family Business Summit 2024 yang diadakan pada Selasa.

Menurutnya, perniagaan keluarga merupakan sektor besar dan penting di Malaysia dengan anggaran 70 peratus perniagaan dimiliki melalui perwarisan.

"Di negara lain seperti Filipina dan Indonesia lebih 90 peratus perniagaan keluarga. Jadi, persidangan ini terbukti mampu mewujudkan jaringan yang bukan sahaja di Malaysia, malah antarabangsa.

"Panelis yang memberi perkongsian ilmu dan pengalaman hari ini juga majoritinya bukan generasi pertama tapi generasi kedua dan seterusnya kerana mereka ini generasi 'sandwic' dan mungkin perlu memikirkan tentang generasi penerus.

Farah (kanan) menjadi panel pada 4th Asia Pacific Family Business Summit 2024 yang diadakan pada Selasa.

"Tanggungjawab mereka lebih besar, jadi persidangan ini memberi peluang kita mendengar daripada mereka sendiri apa pengajaran yang mereka telah timba daripada generasi pertama dan bagaimana mereka melihat ke depan," ujarnya.

Tambah Mohar, pemilik perniagaan keluarga lain boleh menyertai persidangan yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan untuk turut menyumbang idea dan strategi kepada peserta.

Farah (kanan) menjadi panel pada 4th Asia Pacific Family Business Summit 2024 yang diadakan pada Selasa.

"Bagi BinaPavo, memang kami yang menganjurkan tetapi ia menjadi platform advokasi untuk menguar-uarkan tentang kepentingan dan juga apa yang setiap peniagaan keluarga itu perlu lakukan supaya perniagaan boleh disambung," ujarnya.