Ramai nelayan berhijrah, pendaratan ikan di Kelantan merosot - LKIM

Iklan
Muhammad Faiz memandu traktor untuk menarik bot selepas Majlis Penyerahan Traktor Di Bawah Program Mekanisasi Automasi 2024 Dan Penyampaian Program Industri Asas Tani pada Selasa.

PASIR PUTEH - Penghijrahan nelayan Kelantan ke negeri lain antara faktor berlaku kemerosotan pendaratan ikan sehingga mencecah 10,000 tan metrik setiap tahun.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, ramai pemilik vesel C2 berhijrah setiap tahun ke beberapa negeri termasuk Terengganu, Johor dan Pahang menjadikan Kelantan berada di tangga ke-11 pengeluaran ikan negara.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, lokasi pendaratan yang cetek juga antara sebab nelayan tidak dapat meneruskan kerja-kerja tangkapan dan pendaratan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Traktor Di Bawah Program Mekanisasi Automasi 2024 Dan Penyampaian Program Industri Asas Tani pada Selasa.

Iklan
Muhammad Faiz (tengah) menyampaikan geran geran pemadanan 'change upgrade product' kepada seorang penerima.

Muhammad Faiz memberitahu, sektor perikanan menjanjikan peluang perniagaan yang luas namun usaha perlu dilakukan untuk menarik lebih ramai nelayan menyertai bot laut dalam.

"Kita banyak kehilangan vesel jenis itu di Tok Bali yang memberi kesan kepada ekonomi negeri sedangkan industri perikanan sebenarnya menjanjikan pulangan yang tinggi," katanya.

Iklan

Justeru beliau berpendapat penyediaan prasarana lengkap dan berkesan kepada nelayan dapat mengelakkan mereka berpindah tempat.

Muhammad Faiz sebelum itu menyerahkan traktor kepada Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Semerak, Zahari Mamatmewakili nelayan Pantai Panchakan yang bernilai RM72,080.

Pada majlis sama turut diadakan penyerahan geran agroproneur muda dan penyerahan geran pemadanan 'change upgrade product' dengan nilai keseluruhan RM116,521.