PORT DICKSON - Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sembilan merancang untuk membangunkan koridor pelancongan dan perkhidmatan sebagai inisiatif strategik bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi khususnya di Port Dickson.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, satu rangka tindakan akan dibangunkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama kementeriannya, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta kementerian lain.
"Saya akan buat tindakan susulan dengan kerajaan negeri untuk membangunkan rangka tindakan itu. Usaha ini penting kerana minat pelabur asing untuk membangunkan sektor pelancongan dalam skala besar di sini adalah sangat tinggi.
Beliau berkata demikian pada Sesi Libat Urus (SLU) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bersama Kerajaan Negeri Sembilan di sini. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Rafizi berkata, koridor ini juga untuk memenuhi permintaan masyarakat yang memerlukan fasiliti pelancongan dalam negara yang boleh memenuhi keperluan mereka.
"Kita kena terima hakikat bahawa kemudahan dan produk pelancongan kita perlu dinaik taraf dengan segera dan ia mesti bertaraf dunia.
"Ini tidak boleh berlaku dengan hanya pelaburan daripada kerajaan tetapi ia juga memerlukan pelaburan yang besar untuk membina produk pelancongan,” katanya.
Beliau berkata, negeri ini berada di landasan yang baik dalam sektor ekonomi dengan mengambil kira faktor kawasan satelit kepada Lembah Klang yang perlu dimanfaatkan sebaiknya dari segi pembangunan perbandaran, perindustrian dan industri sokongan lain.
Rafizi berkata, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghubungkan Banting, Selangor-Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui Port Dickson, Melaka dan Gelang Patah (Johor) juga merupakan satu usaha yang menarik minat pelabur sektor pelancongan di sini.
"Negeri Sembilan berpotensi untuk lebih maju sebagai pusat pelancongan terutamanya di Pantai Barat, jajaran pantai yang panjang boleh digunakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di sini,” katanya. - Bernama