Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee

Iklan
Jho Low, Muhammad Shafee

SHAH ALAM - Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.

Menurutnya, pada mulanya Jho Low dikatakan berada di China, Dubai dan Macau namun beliau dapat merasakan ahli perniagaan itu berada di Myanmar berdasarkan keterangan bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan keterangan yang diperoleh daripada Jasmine Loo, Jho Low mendapat perlindungan jeneral tentera di Myanmar selepas berjaya mendapatkan pasport untuk bekas peguam itu.

"Ini kerana dia berjaya mendapatkan pasport untuk Jasmine Loo untuk memasuki Myanmar tanpa pasport Malaysia yang dicop.

Iklan

"Dia juga mengesahkan bahawa Jho Low yang mengaturkan urusan berkenaan pasport ini," katanya ketika sesi `Media Townhall – Getting The Facts Right, The Untold Stories – 1MDB & Other Cases’ pada Selasa.

Beliau menjawab soalan daripada orang awam yang bertanya mengenai di mana keberadaan Jho Low kerana sukar untuk menjejakinya.

Iklan

Panelis lain dalam forum awam yang dipengerusikan oleh Kamarudin Ahmad adalah bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan peguam, Adzly Abdul Manas.

Tambah Muhammad Shafee, ketika memberi penerangan pada 5 April lalu, Jasmine Loo mendedahkan bahawa beliau pernah berdepan masalah dengan junta tentera Myanmar apabila cuba memasuki negara itu pada 2019 selepas pasportnya tidak dicop.

Bagaimanapun katanya, Jho Low kemudian berunding dengan pihak berkuasa Myanmar untuk memberikannya pasport palsu bagi membolehkannya memasuki negara tersebut.

Pada 30 Oktober, Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib, 71, untuk membela diri atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Perintah itu dikeluarkan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap kesemua 25 pertuduhan di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 2 Disember untuk perbicaraan bela diri.


Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.

Menurutnya, pada mulanya Jho Low dikatakan berada di China, Dubai dan Macau namun beliau dapat merasakan ahli perniagaan itu berada di Myanmar berdasarkan keterangan bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan.

Artikel:

https://www.sinarharian.com.my/article/697537/berita/semasa/jho-low-mungkin-bersembunyi-di-myanmar---muhammad-shafee

Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version

#SinarHarian #BuletinTikTok #JhoLow #Bersembunyi #Myanmar #1MDB" />