PELAKSANAAN operasi yang dinamakan KL Strike Force telah memberi satu tanda amaran keras kepada kegiatan haram yang beroperasi di ibu negara.
KL Strike Force merupakan pasukan khas bersepadu yang ditubuhkan untuk menangani isu keselamatan dan ketenteraman awam di Kuala Lumpur.
Untuk informasi, pelaksanaan operasi ini melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Merak Jalanan dimaklumkan, KL Strike Force adalah unit khas bersepadu ditubuhkan secara pentadbiran melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Wilayah Persekutuan Bilangan 1 Tahun 2024, pada 27 Mei lalu.
Merak Jalanan difahamkan serbuan bersama JIM bersama PDRM cukup aktif dalam usaha membendung kegiatan maksiat dan persundalan.
Bagi Merak Jalanan, sudah tentu operasi dengan nama unik ini akan menjadi titik tolak pihak berkuasa untuk membendung dan membersihkan Kuala Lumpur daripada aktiviti 'kotor'.
Tabik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa kerana ketegasannya menangani isu keselamatan dan ketenteraman awam secara pantas, berkesan dan berterusan.
Merak Jalanan percaya, usaha bersepadu ini akan membina kepercayaan masyarakat kepada pihak berkuasa.
Ini sekali gus menepis tohmahan negatif terhadap pihak berkuasa dan kerajaan.
Pada masa sama Merak Jalanan amat menggesa masyarakat untuk salurkan maklumat supaya bersama-sama 'membersihkan' Kuala Lumpur.