Bersatu bakal berdepan cabaran kosongkan lima kerusi Parlimen
Iklan
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal menghadapi pelbagai cabaran untuk memenangi kes samannya terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, Bersatu sukar mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat kerana tindakan lima bekas ahli Parlimennya menyokong Perdana Menteri tidak tertakluk kepada Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan (tafsiran lompat parti).