Pemain United gelar Amorim sebagai Maurinho 2.0

Iklan
Amorim. FOTO: AFP

RUBEN Amorim dilapor telah memberitahu bintang Manchester United punca mengapa bekas pengendali The Red Devils gagal untuk memacu pasukan ke tahap terbaik selepas era Alex Ferguson.

Amorim mengambil alih sesi latihan pertamanya sebagai ketua jurulatih baharu United pada Isnin dengan harapan tinggi diletakkan kepada pengendali berusia 39 tahun itu untuk memastikan pasukan kembali ke landasan kejayaan.

Iklan
Iklan

Dia akan menjadi pengendali keenam mengemudi United selepas David Moyes, Louis van Gaal, Jose Mourinho, Ole Gunnar Solskjaer dan Erik ten Hag.

Kesemua pengendali tersebut gagal untuk membawa United memenangi EPL.

Iklan

Menurut The Sun, Amorim memaklumkan kepada skuad United bahawa pengendali sebelum ini masih hidup dalam 'bayang-bayang' Ferguson yang menjadi punca kegagalan pasukan.

Sebelum ini, Ferguson telah membawa kelab itu memenangi 13 gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), lima Piala FA dan dua gelaran Liga Juara-Juara.

Iklan

Laporan itu juga menyebut pemain sudah kagum dengan Amorim dan membuat perbandingan dengan salah seorang bekas pengendali pasukan itu.

"Dia memberitahu mereka bahawa pengurusan tidak meniru kejayaan Sir Alex kerana mereka telah hidup dalam bayang-bayangnya, dan bukan membuat pasukan mereka bermain dengan semangatnya," kata sumber kepada The Sun.

"Selain itu, terdapat 'vibes' Mourinho dalam cara Amorim bercakap dan kepercayaan dirinya tetapi caranya tetap berbeza.

"Pemain fikir dia sangat mudah didekati dan dia akan memahami mereka. Sebahagian daripada mereka memanggilnya Mourinho 2.0," kata laporan itu.

Amorim tidak mempunyai skuad penuh pemain pasukan utama pada sesi latihan pertamanya kerana ramai pemain bintang pasukan itu sedang bersama pasukan negara masing-masing.

Bagaimanapun, pemain seperti Marcus Rashford, Kobbie Mainoo, Casemiro, Luke Shaw dan Leny Yoro yang tidak terlibat dengan pasukan kebangsaan menyertai latihan.

Amorim akan mengendalikan perlawanan pertamanya pada awal pagi Isnin apabila Red Devils menentang Ipswich di Portman Road.