Keng Cheng pimpin industri pembinaan ke mercu baharu

Iklan
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tiga, kiri) menyampaikan Anugerah Pemain Terkemuka dalam Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 kepada Pengerusi Lim Seong Hai Capital Berhad, Tan Sri Lim Keng Cheng, pada Isnin.

Pengerusi Lim Seong Hai Capital Berhad, Tan Sri Lim Keng Cheng memenangi Anugerah Tokoh Terkemuka dalam Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di M Resort & Hotel Kuala Lumpur, di sini pada Isnin.

Kemenangan itu adalah sebagai pengiktirafan terhadap semangat yang gigih, visi dan komitmen tidak berbelah bahagi beliau terhadap kemajuan industri pembinaan Malaysia.

Iklan
Iklan

Terkenal dengan kepimpinan perintis, Keng Cheng telah mendedikasikan hidupnya lebih daripada tiga dekad untuk membentuk persekitaran pembinaan di Malaysia melalui gabungan unik daya tahan, inovasi dan tanggungjawab sosial.

Menurutnya, anugerah tersebut adalah tanda pengiktirafan terhadap pencapaian dan tanggungjawabnya untuk terus memajukan sektor pembinaan.

Iklan

"Anugerah ini bukan sekadar pencapaian peribadi sebaliknya ia adalah bukti usaha kolektif semua pihak yang pernah bekerjasama dengan saya.

"Saya amat berbangga dengan apa yang telah kami capai, tetapi saya juga sedar masih banyak lagi yang perlu dilakukan,” katanya dalam sidang media sempena MCIEA 2024 anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di M Resort & Hotel Kuala Lumpur, di sini pada Isnin.

Iklan

KENG CHENG


Tambah Keng Cheng, sepanjang pembabitannya, beliau telah melihat secara langsung bagaimana industri pembinaan di Malaysia telah berkembang.

Malah, beliau berjaya menyelia dan menyiapkan projek bernilai lebih RM20 bilion termasuk melalui inisiatif perkongsian awam swasta dengan kerajaan Malaysia.

Kepakaran dan pendekatan pemikiran ke hadapannya terus membentuk masa depan industri, termasuk melalui projek seperti Lebuhraya Duta–Ulu Klang (DUKE) dan River of Life di Kuala Lumpur, inisiatif yang telah mengubah mobiliti bandar dan menghidupkan semula ‘ruang’ awam.

Beliau menyelia dan memastikan beberapa projek reka bentuk dan bina siap pada masanya iaitu Labuan Financial Park, Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Sabah dan Universiti Tun Hussein Onn di Johor.

"Bagi saya, kejayaan bukan sekadar membina struktur tetapi mewujudkan persekitaran yang mampan di mana masyarakat boleh berkembang maju.

"Kita memasuki tempoh perubahan pesat, di mana integrasi teknologi pintar dan amalan mampan akan mentakrifkan semula cara untuk membina pembangunan.

"Peranan kita sebagai peneraju industri adalah untuk menerima perubahan ini dan untuk menunjukkan contoh pembangunan yang bertanggungjawab untuk masa hadapan generasi akan datang,” jelasnya.

IAQ Solutions dinobat Anugerah Jurubina Terbaik Tahun Ini

IAQ Solutions Sdn Bhd memenangi Anugerah Pembina Terbaik Tahun Ini sempena Anugerah MCIEA 2024.

Penghargaan itu diberikan atas pencapaian komprehensif mereka dalam menyediakan kemudahan reka bentuk berteknologi tinggi dan komitmen terhadap kemampanan serta mengaplikasi teknologi canggih.

Terkenal dengan kepakarannya dalam kualiti udara dalaman dan pembinaan bilik bersih, IAQ menjadi peneraju dalam reka bentuk yang kompleks dan terkini untuk pelanggan dalam semikonduktor dan lain-lain industri.

Soon Aik (empat, kanan) menerima anugerah yang disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sempena Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Tiew Soon Aik menyifatkan kemenangan itu sebagai satu penghormatan untuk syarikatnya.

"Kami amat bersyukur kepada CIDB dan panel penilai kerana mengiktiraf kerja yang kami lakukan dengan anugerah berprestij ini. Ia adalah bukti kerja keras dan dedikasi semua orang dalam pasukan.syarikat berkenaan memperoleh anugerah berprestij itu ialah Testing Manufacturing Plant untuk Robert Bosch.

Jelasnya, kemudahan berspesifikasi tinggi itu memerlukan pendekatan bersepadu meliputi sivil, komponen struktur dan seni bina serta sistem mekanikal, elektrikal dan paip (MEP).

SOON AIK


IAQ juga menyepadukan kualiti udara termaju dan langkah kawalan alam sekitar merentasi pelbagai portfolio kepada pelanggan yang terkenal seperti Western Digital, Silterra dan Texas Instruments.

"IAQ komited untuk memimpin ke hadapan. Kami berhasrat untuk meneruskan penetapan piawaian baharu dalam kejuruteraan dan pembinaan berteknologi tinggi serta menolak sempadan teknologi, dengan tumpuan pada keselamatan, kemampanan dan kecemerlangan.

"Anugerah ini adalah satu pencapaian yang membanggakan dan memberi peringatan tentang kesan yang boleh kita lakukan bersama dalam membina kemudahan dalam membentuk masa depan,” katanya.

"Ini merupakan peristiwa penting yang mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap inovasi, kualiti dan kecemerlangan dalam pembinaan berteknologi tinggi,” katanya dalam sidang media sempena MCIEA 2024

Ditubuhkan pada 1994, syarikat berkenaan turut menawarkan perkhidmatan di China, Eropah dan Singapura, dengan memanfaatkan kepelbagaian kepakaran untuk memberikan hasil yang luar biasa dalam setiap projek.

Soon Aik juga melihat salah satu projek yang membantu syarikat berkenaan memperoleh anugerah berprestij itu ialah Testing Manufacturing Plant untuk Robert Bosch.

Jelasnya, kemudahan berspesifikasi tinggi itu memerlukan pendekatan bersepadu meliputi sivil, komponen struktur dan seni bina serta sistem mekanikal, elektrikal dan paip (MEP).

IAQ juga menyepadukan kualiti udara termaju dan langkah kawalan alam sekitar merentasi pelbagai portfolio kepada pelanggan yang terkenal seperti Western Digital, Silterra dan Texas Instruments.

"IAQ komited untuk memimpin ke hadapan. Kami berhasrat untuk meneruskan penetapan piawaian baharu dalam kejuruteraan dan pembinaan berteknologi tinggi serta menolak sempadan teknologi, dengan tumpuan pada keselamatan, kemampanan dan kecemerlangan.

"Anugerah ini adalah satu pencapaian yang membanggakan dan memberi peringatan tentang kesan yang boleh kita lakukan bersama dalam membina kemudahan dalam membentuk masa depan,” katanya.