Individu guna pangkalan haram tetap ditahan - Ketua Polis Kelantan

Iklan
Pihak polis tetap dengan pendirian untuk meneruskan penguatkuasaan terhadap individu yang menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram mulai 1 Disember ini sebagaimana arahan dikeluarkan pada Isnin. Gambar kecil: Mohd Yusoff

KOTA BHARU - Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram mulai 1 Disember ini sebagaimana arahan dikeluarkan pada Isnin.

Menurutnya, pihak polis tetap dengan pendirian sebagai pihak berkuasa untuk meneruskan penguatkuasaan pada tarikh berkenaan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155).

Iklan
Iklan

"Berkenaan dengan pelajar sekolah yang menetap di Thailand tapi belajar di Kelantan menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok, boleh rujuk JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) dan Kementerian Pendidikan.

"Kenapa mereka tidak lalu sahaja jalan biasa melalui pintu ICQS (Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan)," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, isu tersebut sudah sekian lama berlaku dan sepatutnya guru besar, pengetua, JPN perlu menjelaskan bagaimana pelajar terbabit boleh bersekolah di Kelantan.

Ujarnya, Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kerakyatan dan ia merupakan satu kesalahan.

Iklan
Polis Kelantan menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram mulai 1 Disember ini sebagaimana arahan yang dikeluarkan pada Isnin.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan ibu bapa kepada ratusan pelajar yang tinggal di Thailand dan bersekolah di Kelantan mahu pihak berkuasa mewujudkan laluan khas di pangkalan haram Sungai Golok untuk kemudahan anak-anak mereka menuntut ilmu.

Ia berikutan tindakan Polis Kelantan mengeluarkan arahan untuk menahan mana-mana individu yang berulang-alik ke Thailand melalui Sungai Golok mulai 1 Disember ini.

Tinjauan Sinar Harian pada Rabu mendapati hampir 400 pelajar sekolah rendah, menengah dan agama menjadikan lebih enam pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok berhampiran Pekan Rantau Panjang sebagai 'pintu masuk' ke sini kerana mereka tinggal di Golok, Thailand.

Difahamkan, mereka mempunyai kerakyataan Malaysia hasil perkahwinan ibu atau ayah yang merupakan rakyat negara ini atau negara gajah putih.