WASHINGTON - Dua pokok bongsai bernilai ribuan ringgit dicuri dari sebuah muzium bongsai di Washington di sini.
Dua lelaki memakai baju sejuk dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di muzium pada Ahad lalu.
"Saya berasa sedih selaku kurator di sini, ia adalah tanggungjawab saya menjaga pokok-pokok ini.
"Ini sangat mengecewakan dan benar-benar mengecewakan apabila kita telah melaburkan bertahun, semua pihak terlibat dalam menjaga tumbuhan ini secara kumulatif selama 75 tahun," kata kurator muzium Aarin Packard kepada CNN.
Difahamkan, salah satu pokok dicuri itu bernama Japanese Black Pine hidup dan ditemui semasa berlaku Perang Dunia kedua manakala sepohon lagi yang bernama Silverberry mula dijaga pada tahun 1946 dipercayai milik seorang artis bongsai wanita bernama Kiyoko Hatanaka.
Penjagaan bongsai ini sungguh rumit terutama dalam menjaga suhu dan sumber air yang digunakan.
Walaupun muzium itu menjaga kira-kira 150 pokok bongsai namun hanya hanya 50 atau 60 bongsai dipamerkan dalam satu masa.
Menurut pegawai muzium, kejadian itu bukan kali pertama berlaku setelah kes kecurian pertama berlaku pada 2015, namun pokok itu dikembalikan dalam tempoh beberapa dalam keadaan cukup teruk dan tidak segar.
Dalam pada itu, pegawai-pegawai muzium berharap pokok-pokok itu dapat dikembalikan kerana kemungkinan pokok itu tidak dapat bertahan tanpa penjagaan dari seorang pakar.
Justeru pihak pengurusan berharap agar orang ramai tampil menghulurkan maklumat berhubung kehilangan dua pokok bongsai ini.