13,464 banduan di Maghribi bergelar hafiz al-Quran

Iklan
KIRA-KIRA 13,464 banduan yang ditempatkan di seluruh penjara Maghribi bergelar hafiz atau penghafaz al-Quran. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

MESKIPUN terkurung di sebalik tirai besi dan terpisah daripada dunia luar, namun hati mereka tetap celik dengan nur al-Quran.

Semangat ditonjolkan mereka begitu mengagumkan apabila kira-kira 13,464 banduan yang ditempatkan di seluruh penjara Maghribi bergelar hafiz atau penghafaz al-Quran.

Iklan
Iklan

Menurut portal berita Hidayatullah, semua itu hasil bimbingan agama dan program hafazan al-Quran yang disediakan di penjara-penjara berkenaan.

"Lebih 67,000 banduan menyertai program berbentuk tilawah dan syarahan anjuran penjara Maghribi dengan kerjasama Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Maghribi dan lebih 13,000 banduan bergelar hafiz,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman web Hidayatullah.com yang memetik laporan portal hespress.com baru-baru ini.

Iklan

Melihat sambutan menggalakkan itu, lapor portal berita tersebut, pihak berkuasa penjara Maghribi merancang untuk meneruskan kerjasama dengan kementerian berkenaan dalam program itu.

ISLAM merupakan agama majoriti di Maghribi dengan kira-kira 99 peratus populasi penduduknya menganut agama suci itu. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

Iklan

Pihaknya berharap untuk meningkatkan program hafazan al-Quran menjelang tahun 2025.

Untuk rekod, Islam merupakan agama majoriti di Maghribi dengan kira-kira 99 peratus populasi penduduknya menganut agama suci itu.

Lapor portal Hidayatullah, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Mei lalu menamakan Maghribi sebagai salah satu negara terbaik di dunia dari segi hafalan al-Quran.

Bahkan, angka rasmi penghafaz al-Quran di negara itu mencecah 1.6 juta.