5,202 anggota, veteran ATM ditauliah diploma kemahiran

Iklan
Fazal (tengah) bergambar bersama anggota dan veteran ATM yang menerima sijil Perhebat, pada Rabu.

KEPALA BATAS - Seramai 5,202 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya ditauliahkan Diploma Kemahiran Malaysia menerusi inisiatif Program Recognition of Prior Experiential Learning (R-Pel) sejak ia dilaksanakan pada 2017.

Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Fazal Abdul Rahman berkata, Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera (Perhebat) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JTK) melaksanakan program berkenaan bagi mengiktiraf pengalaman, kemahiran dan pencapaian anggota serta veteran semasa perkhidmatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, melalui R-Pel ia memberi nilai tambah dan peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi seterusnya meningkatkan kebolehpasaran dalam sektor pekerjaan dan mendapatkan kerjaya yang diinginkan.

"Perhebat juga telah memperkenalkan inisiatif penempatan pekerjaan menerusi kolaborasi bersama pemain-pemain industri dan sehingga kini seramai 203 veteran ATM telah berjaya mendapat pekerjaan dengan jawatan berprofil tinggi.

Iklan

"Antaranya seperti juruteknik penyelengaraan pesawat, pengurus, penyelia, pegawai keselamatan, pegawai operasi dan pengajar institut memandu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Perhebat Sesi November 2024 di sini pada Rabu.

Iklan

Hadir sama, Pengarah Bahagian Akedemik Perhebat, Mansor Ibrahim, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang, Muhaimin Ibrahim.

Sememtara itu, Fazal berkata, menerusi program pemerkasaan usahawan veteran ATM (PUVET ATM) pula, seramai 216 veteran telah menerima manfaat geran berjumlah RM1.08 juta dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Tambahnya, Perhebat juga turut bekerjasama dengan tiga institusi perbankan dengan menyediakan dana zakat serta pembiayaan mikro menerusi inisiatif I-Tekad untuk memperksakan usahawan mikro berpendapatan rendah.

"Dengan pelbagai inisiatif yang telah disediakan, saya berharap veteran ATM dapat memanfaatkan segala peluang tersedia bagi meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup selepas tamat perkhidmatan," katanya.